Tuesday, 29 September 2015

assalalamualaikum... lama saya tidak bercerita dalam blog ini... maaf kesibukan dengan tugasan seharian..

terdapat beberapa info tentang kerjaya dan halatuju ... akan saya kongsikan

akan tetapi ingin saya memberi pesan kepada anak-anak pelajar yang akan menghadapi Ujian Minat Kerjaya dan Ujian Kecerdasan Pelbagai disekolah.. disitulah segala permulaan kalian sebagai persiapan diri untuk pekerjaaan pada masa akan datang, pemilihan kerjaya yang tepat berdasarkan personaliti diri yang bertepat dengan ini.

Monday, 14 September 2015

UJIAN KERJAYA

Anda ingin mencuba meneliti apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan anda ?
cubalah RIASEC . ujian online klik disini
untuk ujian sds MANUAL , sila jumpa kaunselor anda

selepas anda membuat ujian online dan mendapat kod 3 mata anda , cuba lihat DISINI bagi antara jenis pekerjaan yang sesuai untuk anda . gunakan kod yang paling tinggi markahnya .
1. REALISTIK (realistic) 
Berkemahiran athelic dan mekanikal . mereka ini suka bekerja dengan objek , mesin , peralatan , tumbuh tumbuhan dan haiwan .juga berminat berkeja dalam situasi outdoor berbanding dalam pejabat . 

2 . SIASATAN (investigative)
Mereka ini biasanya amat berminat dengan pemerhatian , mempelajari , menyelidik , menganalisa , menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan serta berkemahiran dalam bidang saintifik dan matematik serta meminati kerjaya kerjaya bercorak teknikal . 

3 . KESENIAN (artistik)
mereka yang mempunyai kebolehan kesenian ini , sangat kretif dan berinovasi . juga mempunyai kebolehan intusi dimana suka bekerja si situasi yang kurang atau tidak berstruktur . dalam etika "bebas" kerana tidak berminat untuk bekerja dalam rutin dan berulang ulang . sentiasa menggunakan daya imaginasi dan daya kretif . baca lagi 
 4 . SOSIAL (social)
mereka ini suka bekerja dan berinteraksi sesama manusia . suka memberitahu , menolong , melatih , memperkembang , mengubati dan membuat kerja kerja kebajikan untuk orang lain .berkemahiran menggunakan tutur kata serta mahir dalam komunikasi dan mempunyai matlamat terutamanya kebajikan . 
5 . BERDAYA USAHA (enterprising)
mereka ini amat suka dalam bidang bekerja dan berinteraksi sesama manusia . minat dalam mempengaruhi , mengarah , memimpin , dan mengusruskan orang lain dan mahir dalam manipulasi .namun matlamatnya adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi . 
6 . KONVENSIONAL / KELAZIMAN (conventional)
suka bekerja engan data dan nombor . mereka ini mempunyai kemahiran dalam bidan pekeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor dan melakukan sesuatu secara terperinci , bersifat akur dan mengikut arahan . selanjutnya 
LANGKAH 1 : MENGENALI DIRI ANDA Melalui fasa ini pelajar perlu mengenali kekuatan dan kelemahan diri serta potensi yang dimiliki. Penekanan kepada minat kerjaya, nilai kerjaya dan pencapaian . Terdapat 3 ujian psikologi yang boleh membantu anda mengenali diri anda iaitu " Self Directed Search "( SDS ), Inventori Personaliti Sidek ( IPS ) dan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek ( INPS ). Manakala bagi mengenalpasti pencapaian, pelajar boleh menggunakan keputusan peperiksan PMR dan mata pelajaran matematik dan sains sangat diberikan perhatian.. Melalui ujian " Self Directed Search " ( SDS ) yang diperkenalkan oleh Holland telah dialih bahasa oleh Dr. Sidek Mohd. Noah merangkumi 6 bidang minat iaitu Realistik ( R ), Investigatif ( I ), Artistik ( A ), Sosial ( S ), Enterprising ( E ) dan Conventional ( C ). Melaluinya anda boleh memahami bidang yang bersesuaian dengan anda. Misalnya, jika anda termasuk dalam kumpulan minat Realistik ( R ) maka kerjaya bidang Kejuruteraan adalah bersesuaian dengan anda, manakala minat kerjaya Convensional ( C ), kerjaya sebagai Akauntuan atau Juru akaun adalah bersesuaian dengan anda. Melalui kajian yang dilakukan, minat kerjaya mempunyai hubungan dengan pencapaian dan kepuasan kerja. Oleh yang demikian pelajar dinasihatkan untuk menjalankan ujian - ujian di atas di sekolah masing - masing terlebih dahulu sebelum membuat keputusan, LANGKAH 2 : TEROKA PELUANG ANDA Langkah berikutnya akan membawa anda meneroka pilihan dan peluang yang ada. Peringkat ini memerlukan anda mendapatkan pelbagai jenis maklumat berkaitan dengan bidang minat kerjaya anda. Misalnya anda berada dalam kumpulan minat kerjaya Realistik ( R ), maka apakah kerjaya kumpulan tersebut. Memahami bidang dan sub bidangnya. Memahami perbezaan diantara 3 bidang kejuruteraan, Mekanikal, Awam dan elektrikal. Mengenalpasti kerjaya dalam kumpulan kejuruteraan Awam seperti Juru Ukur Tanah, Arkitek, Pengurus Bangunan ataupun pegawai penilai hartanah. Pelajar boleh menggunakan kemudahan internet " Maklumat dihujung jari " bertujuan untuk memahami bidang kerjaya tersebut. Bila menyebut memahami, bermaksud anda dapat mendefinisikan bidang kerjaya yang dipilih, deskripsi tugas, cabaran, pendidikan lanjutan , persekitaran kerja dan pelbagai kreteria lain yang dapat memotivasikan anda untuk meminati bidang kerjaya tersebut. LANGKAH 3 : MEMBUAT KEPUTUSAN Langkah ke 3 , memerlukan anda membuat keputusan pekerjaan pilihan anda. Setelah selesaikan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pekerjaan tersebut. Sila senaraikan seberapa banyak jenis pekerjaan yang bersesuaian dan menarik minat anda. Misalnya anda telah memilih 40 jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan kod 3 mata Holland yang diperolehi melalui ujian " Self Directed Search ", dan anda telah membuat penelitian mengenai setiap pekerjaan tersebut. Kemudian anda hendaklah menyenarai pendek daripada 40 jenis pekerjaan kepada 10 jenis pekerjaan. Pemilihan dibuat berdasarkan syarat kursus, prospek kerjaya, peluang melanjutkan pelajaran, kos , minat dan potensi. Susunkan 10 jenis pekerjaan mengikut keutamaannya. Kelaskan pekerjaan tersebut mengikut kursus yang ditawarkan. LANGKAH 4 : TERUSKAN Langkah ini merupakan langkah terakhir. Setelah membuat pengkelasan kursus barulah anda kenalpasti kursus pilihan yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian anda dalam peperiksaan PMR

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
1. Realistik (Realistic) Berkemahiran dalam athletic dan mekanikal. Mereka ini suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Juga berminat bekerja di dalam situasi out door berbanding di dalam pejabat

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Anda ingin mencuba meneliti apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan anda?. Cubalah RIASEC,,,ujian online klik disini Untuk lakukan Ujian SDS manual, sila jumpa kaunselor anda..... Selepasa anda membuat ujian Online dan mendapat kod 3 mata anda, cuba anda lihat Di SINI bagi antara jenis pekerjaan yang sesuai untuk anda. Gunakan Kod yang paling tinggi markahnya....

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Saturday, 5 September 2015

JOM PAKAT-PAKAT PI JENGUK...

KARNIVAL PERTANJIAN KOLEJ VOKASIONAL PERINGKAT KEBANGSAAN 2015
TARIKH : 18-20 SEPTEMBER 2015
TEMPAT : KV PERTANIAN CHENOR
MASA : 8.00PG-6.00PTG

KEMERIAHAN CUTI SEKOLAH BERMULA DISINI

  • LEBIH 100 GERAI PAMERAN DAN JUALAN
  • PLAYGROUND DAN TAMAN MINI ARNAB
  • RASAI PENGALAMAN MENAIKI TRAKTOR SAMBIL MELAWAT LADANG